Watsons KFINITY Music Festival 2025 ‘Gegarkan’ KL: Malam Epik Yang Penuh Emosi, Jeritan & ‘Janji’ Untuk Datang Lagi!
Malam 1 November lalu, Kuala Lumpur seakan ‘meletus’ dengan bahang K-pop! Ribuan peminat membanjiri IOI Mall Damansara Exhibition & Convention Centre untuk The Watsons KFINITY Music Festival 2025…

Malam 1 November lalu, Kuala Lumpur seakan ‘meletus’ dengan bahang K-pop! Ribuan peminat membanjiri IOI Mall Damansara Exhibition & Convention Centre untuk The Watsons KFINITY Music Festival 2025, sebuah malam yang dirasakan lebih magikal daripada konsert biasa, ia ibarat sebuah parti K-pop gergasi yang menyatukan semua.
Dianjurkan oleh Watsons Malaysia dan diuruskan oleh Dream Factory Entertainment, festival ini membawakan barisan artis idaman—Taeyang, Minzy, JU-NE, Yuju, SOLE, dan THAMA—semuanya di atas satu pentas. Sebaik sahaja jam mencecah 5 petang, dewan terus bergema dan tidak ‘slow down’ walau sedetik pun.
Dari R&B Memukau ke Pentas Tarian Gergasi
Malam bermula dengan alunan R&B penuh ‘jiwa’ daripada THAMA. Membawakan lagu-lagu hits seperti Real Thing, HEY, dan Be Mine, beliau berjaya memanaskan suasana. Dewan terus ‘meletus’ apabila THAMA menyapa peminat dalam Bahasa Melayu. Siap bawa kertas tau, hanya untuk berinteraksi dengan peminat. Beliau juga sangat ‘sporting’, meluangkan masa untuk menandatangani album yang dibawa peminat dan turun dari pentas untuk berinteraksi lebih dekat.

Seterusnya, SOLE mengambil alih pentas dengan penuh keyakinan dan pesona. Vokalnya yang magis, lembut, kuat, dan penuh emosi, ia benar-benar memukau penonton. Kejutan malam berlaku semasa lagu Stay With Me, di mana SOLE berjalan turun dari pentas untuk bertemu peminat di barikad. Keadaan menjadi emosional, dengan ramai yang mengalirkan air mata kegembiraan. Beliau mengakhiri persembahan dengan RIDE, disertai THAMA untuk duet mini yang comel.

Tenaga di dalam dewan terus melonjak ke bumbung apabila JU-NE daripada iKON muncul. Peminat sudah mula menjerit dan mengibarkan light stick lama sebelum lagu pertama bermula. Selepas membawakan lagu solonya seperti Feel Lost dan Want You Back, dewan menjadi ‘gila’ apabila beliau mula menyanyikan lagu mega-hits iKON, Love Scenario dan Rhythm Ta. Gema nyanyian daripada ribuan peminat begitu kuat, membuktikan setiap orang tahu liriknya. JU-NE kelihatan amat terharu dan menjerit, “I love you, Malaysia!”

Kemuncak Malam: Janji Seorang ‘Superstar’
Kemudian, tibalah masanya untuk bintang utama, Taeyang. Sebaik sahaja lampu padam dan siluetnya muncul, dewan yang bising tadi senyap seketika—sebelum ‘meletus’ dengan jeritan paling gempaq malam itu.
Dengan diiringi live band, bintang BIGBANG itu memberikan persembahan bertaraf dunia. Lagu-lagu seperti 1AM, VIBE, Ringa Linga, dan Superstar dipersembahkan dengan penuh tenaga. Momen paling ‘meremang bulu roma’ adalah semasa lagu Eyes, Nose, Lips, di mana vokal Taeyang dan ribuan peminat bersatu dengan sempurna.
Taeyang turut sempat berseloroh, meminta peminat yang menangkap tualanya untuk membasuhnya kerana ia ‘kotor’ (berpeluh). Sebelum meninggalkan pentas, beliau membuat satu janji besar: “Saya akan kembali tak lama lagi… saya janji akan kembali bersama ahli-ahli (BIGBANG) saya!” dan dewan sekali lagi bergema dengan sorakan.

Vokal Bidadari & Legenda 2NE1
Selepas kemuncak itu, Yuju tampil membawa ketenangan dengan vokal ibarat bidadarinya. Membawakan lagu-lagu seperti Spring Is Gone by Chance dan DALALA, persembahannya yang ringkas tetapi penuh perasaan itu berjaya menyentuh hati. Beliau juga tersenyum lebar apabila ternampak sepanduk peminat yang bertulis “Kami tunggu awak, Yuju!”

Untuk menutup malam itu, Minzy ‘membakar’ pentas! Sebaik sahaja lagu Ninano bermula, seluruh dewan melompat. Beliau mempamerkan gerak tari ‘fierce’ melalui Te Amo dan Superwoman. Namun, kemuncaknya adalah apabila lagu legenda 2NE1, I Am The Best dan Go Away, dimainkan. Seluruh dewan bertukar menjadi satu pentas tarian gergasi.
Konfeti menghujani dewan dan Minzy mengucapkan “Thank you, Malaysia!” sebagai penutup rasmi.

Lebih Daripada Sekadar Konsert
Daripada mula hingga akhir, Watsons KFINITY Music Festival 2025 adalah mengenai satu komuniti. Peminat datang dengan sepanduk bercahaya, pakaian sedondon, dan senyuman yang tidak lekang.
Pada akhir malam, semua orang pasti letih dan berpeluh, tetapi yang paling penting, sangat gembira. Ia bukan sekadar persembahan muzik; ia adalah malam yang penuh dengan tawa, air mata kegembiraan, dan memori yang tidak akan dilupakan.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K