ZEROBASEONE Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert ‘Sold-Out’ dan Kejutan ‘Luar Biasa’!
Penantian ZEROSE (nama fandom ZEROBASEONE) Malaysia berakhir dengan penuh perasaan yang berbaur!…

Penantian ZEROSE (nama fandom ZEROBASEONE) Malaysia berakhir dengan penuh perasaan yang berbaur! Konsert sulung mereka, 2025 ZEROBASEONE WORLD TOUR <HERE&NOW> di KUALA LUMPUR, yang berlangsung pada 8 November lalu di Idea Live Arena, telah habis dijual (sold out), membuktikan populariti luar biasa grup tersebut di sini.
Sebaik sahaja sembilan ahli ZEROBASEONE memulakan persembahan dengan lagu pembukaan ‘ICONIK’, suasana arena terus gamat dengan sorakan ZEREOSE. Sorakan fanchant bergema kuat jelas kedengaran, terutamanya semasa lagu ‘ROAD MOVIE’ dan ‘SLAM DUNK’, di mana mereka mempamerkan koreografi yang mantap dan segerak.

Setiap ahli ZEROBASEONE menyapa ZEROSE Malaysia dengan senyuman lebar, jelas terharu dengan sambutan hangat yang diberikan. Konsert diteruskan dengan lagu-lagu hits seperti ‘GOOD SO BAD’, ‘LOVESICK GAME’, dan ‘CRUSH’, mengekalkan tahap tenaga yang tinggi dari awal hingga akhir.
Mereka juga sempat memohon maaf kerana mengambil yang lama untuk berjumpa dengan ZEROSE Malaysia terutama sekali melihat sambutan yang hangat daripada para peminat di sini.
Momen “Malu” dan Persembahan Unit Khas
Segmen interaksi bersama peminat menjadi antara momen yang paling diingati. Kesemua ahli bermain satu permainan di mana peminat perlu memilih perkataan Bahasa Melayu untuk mereka lakonkan. Perkataan yang dipilih ialah “malu”. Setiap ahli bergilir-gilir melakonkan aksi ‘malu’ dengan cara tersendiri, mencetuskan tawa dan sorakan gemuruh daripada penonton.
Malam itu turut disajikan dengan persembahan unit khas. Ricky, Jiwoong, Zhang Hao, dan Taerae memukau penonton dengan vokal mereka melalui lagu ‘Long Way Back’. Manakala Gunwook, Hanbin, Matthew, Yujin, dan Gyuvin mempamerkan sisi berbeza dengan persembahan bertenaga ‘Extra’.

Peminat bertambah histeria apabila mereka mempersembahkan sebahagian lagu itu sekali lagi tanpa muzik, menonjolkan bakat dan vokal mentah mereka.
Suasana konsert kemudian beralih kepada mood yang lebih ceria apabila mereka kembali dengan pakaian berwarna-warni untuk lagu ‘New Kids on the Block’, ‘Kidz Zone’, dan ‘Goosebumps’. Semasa lagu terakhir, ‘Star Eyes’, mereka berjalan di sekeliling pentas sambil melemparkan bola yang ditandatangani kepada orang ramai.
Kejutan ‘Luar Biasa’ dan “Pose Durian”
Kejutan terbesar malam itu hadir semasa segmen encore. ZEROBASEONE telah mempersembahkan lagu ‘Luar Biasa’ nyanyian Ismail Izzani, dalam Bahasa Melayu! Sebutan mereka yang hampir sempurna dan penuh penghayatan membuatkan seluruh arena menyanyi bersama dengan penuh rasa bangga dan emosi. Momen ini pantas tular di media sosial, dengan ramai yang memuji usaha ikhlas mereka untuk mendekati peminat tempatan.

Sebelum menutup tirai, Zhang Hao berkongsi pengalamannya mencuba durian Musang King buat kali pertama pada hari itu. Dia sempat berseloroh dengan mengatakan dia terpaksa memberus gigi sebanyak tiga kali sebelum konsert, mengundang tawa daripada penonton. Dia juga mengajak semua orang melakukan “pose durian” semasa sesi bergambar.
Dalam ucapan selamat tinggal mereka, ZEROBASEONE mengucapkan ribuan terima kasih kepada ZEROSE Malaysia untuk malam yang tidak dapat dilupakan dan berjanji akan kembali lagi. Ia adalah satu malam yang dipenuhi dengan semangat, tawa, dan emosi—permulaan bab yang sempurna untuk ZEROBASEONE di Malaysia.
Penghargaan istimewa kepada iMe Malaysia atas jemputan.

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K