Sempat Makan Masa Perform, Donghae & Eunhyuk Turun Pentas Demi Peminat, Ini Antara Perkara Menarik Konsert D&E Di Malaysia!
Nampaknya Elf Malaysia dapat mengubati kerinduan terhadap ahli Super Junior dengan kehadiran dua ahlinya, Donghae dan Eunhyuk bersempena Konsert D&E In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu…
Nampaknya Elf Malaysia dapat mengubati kerinduan terhadap ahli Super Junior dengan kehadiran dua ahlinya, Donghae dan Eunhyuk bersempena Konsert D&E In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam dianggarkan seramai 4,000 orang memenuhi stadium untuk konsert julung kali yang diadakan oleh duo tersebut.
Dibawakan oleh MIC Entertaiment, K-Variety Malaysia ingin berkongsi beberapa momen menarik semasa konsert berlangsung.

- Lautan biru memenuhi stadium seawal jam 3 petang lagi. Apa yang membuatkan K-Variety kagum apabila lampu-lampu ‘lightstick’ turut bertukar warna mengikut rentak lagu yang dipersembahkan D&E.
- Seawal persembahan pertama lagi, K-Variety sangat kagum dengan Donghae & Eunhyuk yang kelihatan sangat bertenaga melakukan ‘dance-move’ untuk kesemua lagu mereka. Betul ke mereka ni dah 30+?
- Semasa memperkenalkan diri, Donghae sempat ‘bermanja’ dengan peminat apabila bertanya kepada Elf, siapakah dia. “Lee Donghae” balas peminat pula. Kemudian, ketika Eunhyuk memperkenalkan diri pula, kedengaran peminat menyebut nama sebenar Eunhyuk iaitu “Lee Hyukjae”.
- Tayangan VCR ternyata membuatkan mata Elf melekat di skrin malah ada beberapa babak yang membuatkan peminat terkejut, gelak malah ada juga yang mengalirkan air mata (betul-betul Elf sejati lah korang ni).
- Ada momen di mana Donghae dan Eunhyuk turun dari pentas dan menyembur peminat di bahagian Rockzone dengan pistol air. Entah macam mana, ada peminat yang membalas semula serangan Donghae itu. Tidak mahu kalah, Donghae kemudiaannya sempat ‘berperang’ dengan peminat tersebut. Siapa yang menang?
- Dalam satu persembahan lain pula, kelihatan Donghae dan Eunhyuk sempat makan mee segera yang dijadikan prop persembahan mereka. Kalau Donghae hanya makan sedikit sahaja, Eunhyuk pula sampai penuh mulut dia makan tau! Lapar ke tu?
- Di saat akhir konsert, kedua-dua mereka menari tanpa henti menyebabkan kedua-dua mereka keletihan. Eunhyuk kemudian mengatakan bahawa ‘we’re done’ kepada peminat. Tahu semput ya oppa?
- Ucapan terakhir mereka sebelum ‘encore’ mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang sangat istimewa bagi mereka dan Super Junior. Sebab itulah mereka sangat seronok bila mendengar akan kembali ke Malaysia untuk konsert.
- Elf juga sempat menyanyi bersama Donghae dan kedua-dua mereka memuji kesedapan suara Elf.
- Masa ment kat hujung, ada fans ni nak keluar stadium bila Donghae & Eunhyuk cakap dah nak habis, lepas tu dua-dua perasan fans tu dan suruh dia duduk balik. Lepas tu Donghae cakap ‘I’ll be watching you’. Omooo, kalau Min dah pengsan kat situ.
- Di penghujung konsert, Donghae kelihatan mengelap air matanya sewaktu Elf meminta agar mereka jangan pergi. (Kalau nak tahu dia memang cengeng pun). Akhir sekali, kedua-dua D&E dan Elf saling ‘greet’ masing-masing di penghujung konsert.
“We are Super Junior D&E,”

“We are Elf,”

Foto: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






