“Tak Boleh Kerja Dah Dekat…,” – Isteri Khalid, Lee Seul Kongsi Pengorbanan Bergelar Seorang Muslim Di Seoul
Pasangan Khalid Ismail dan Lee Seul sememangnya amat dikenali oleh penduduk Malaysia apatah lagi Khalid sendiri pernah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul di dalam sebuah program di Korea Selatan…
Pasangan Khalid Ismail dan Lee Seul sememangnya amat dikenali oleh penduduk Malaysia apatah lagi Khalid sendiri pernah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul di dalam sebuah program di Korea Selatan.
Baru-baru ini, pasangan tersebut muncul di dalam program Youtube, Dops TV bersama Mizz Nina.
Dalam program tersebut, Lee Seul berkongsi kisah bagaimana dia tidak lagi diterima bekerja di Seoul setelah bergelar seorang Muslim.
“Saya tak boleh kerja di syarikat Korea dan juga oleh masyarakat di sini lagi setelah memeluk Islam. Ia sangat mencabar.
“Kebanyakan syarikat kalau mereka menggajikan orang luar negara yang beragama Islam, ia tidak mengapa sebab warga Korea sangat menghormati budaya negara luar malah mereka tidak kisah kerana tahu mereka adalah warga luar.
“Namun begitu, kalau anda adalah orang tempatan dan beragama Islam, tiada siapa akan menggajikan anda. Hijab pun tak boleh pakai.
“Memang tiada undang-undang yang mengharamakn tapi sikap masyarakat itu sendiri yang akan membuatkan anda sendiri meninggalkan syarikat itu,” katanya.
Sebelum ini, pasangan itu berkahwin pada tahun 2017 lalu dan kini menetap di Seoul.
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






