Song Joong Ki Failkan Penceraian Terhadap Song Hye Kyo?!
Desas-desus hubungan goyah antara pasangan pelakon, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kini nyata apabila pelakon drama Arthdal Chronicle itu memfailkan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul…
Desas-desus hubungan goyah antara pasangan pelakon, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kini nyata apabila pelakon drama Arthdal Chronicle itu memfailkan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul.
Perkara tersebut turut disahkan oleh wakil peguamnya menerusi satu kenyataan media.
“Pada 26 Jun, kami memfailkan permohonan penceraian bagi pihak Song Joong Ki di mahkamah,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, wakil peguam tersebut juga turut memanjangkan kenyataan pelakon Werewolf Boy itu kepada peminat.
“Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada mereka yang menyokong saya kerana berita tidak baik ini. Saya mengambil keputusan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo.
“Daripada memanjangkan proses dan saling membantah antara satu sama lain, saya berharap dapat menyelesaikan proses penceraian ini dengan cara baik.
“Saya memohon pemahaman semua orang bahawa suka untuk saya kongsikan sebab penceraian ini dan berjanji akan mengatasi perkara ini dan lakukan yang terbaik sebagai seorang pelakon pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum ini, Song Joong Ki dan Song Hye berkahwin pada Oktober 2017 setelah kedua-duanya bertemu semasa sama-sama berlakon dalam drama ‘Descendant Of The Sun’ pada tahun 2016.
Song Joong Ki juga kini muncul dalam drama Arthdal Chronicle di samping pelakon Kim Ji Won.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





