Terlalu Berbeza, Sebab Song Joong Ki & Song Hye Kyo Berpisah?
Setelah wakil peguam pelakon, Song Joong Ki mendedahkan bahawa aktor tersebut sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul, Song Hye Kyo pula mengeluarkan kenyataan sebab mereka berkeputusan sedemikian…
Setelah wakil peguam pelakon, Song Joong Ki mendedahkan bahawa aktor tersebut sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul, Song Hye Kyo pula mengeluarkan kenyataan sebab mereka berkeputusan sedemikian.
Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi agensinya, AAA.
“Pertama sekali kami memohon maaf di atas berita buruk ini. Pelakon kami, Song Hye Kyo kini dalam proses penceraian dengan suaminya, Song Joong Ki setelah membuat pertimbangan dengan teliti.
“Sebab utama mereka berpisah adalah kerana perbezaan personaliti. Kedua-dua mereka tidak dapat mengatasi perbezaan tersebut seterusnya membawa kepada perpisahan ini.
“Kami memohon agar anda semua faham setakat ini sahaja yang boleh dikongsi memandangkan ia adalah privasi kedua-dua mereka.
“Kami juga memohon agar netizen tidak muncul dengan pelbagai spekulasi atau komen provokatif terhadap isu ini.
“Kami juga memohon maaf sekiranya menimbulkan kerisauan terhadap anda. Kami akan cuba mengatasi perkara ini pada masa akan datang,” kata kenyataan tersebut.
Pasangan Song-Song itu bertemu ketika sama-sama terlibat dalam sebuah drama popular, Descendant Of The Sun pada tahun 2016 lalu dan berkahwin pada Oktober 2017.
Masalah rumah tangga mereka juga mula dihidu pihak media apabila Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berpindah keluar daripada rumah kelamin mereka beberapa bulan lalu.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




