“Suka Song Ji Hyo Noona Tak?” Kim Jong Kook Terkedu Kena Tanya Soalan Itu Oleh Kanak-Kanak
Selebriti, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo sering kali digosipkan bersama apatah lagi kedua-dua mereka sudah mencapai umur wajib berkahwin…
Selebriti, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo sering kali digosipkan bersama apatah lagi kedua-dua mereka sudah mencapai umur wajib berkahwin.
Selalunya, Kim Jong Kook sering dapat mengelakkan diri daripada menjawab soalan berkaitan dengan rakan kerjanya dalam program Running Man itu namun kali ini nampaknya dia perlu memilih ayat yang paling sesuai untuk mengelak menjawab soalan tersebut.
Muncul dalam program My Ugly Duckling, Jong Kook sempat bermain dengan dua kanak-kanak yang turut terlibat dalam program tersebut.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja kanak-kanak itu berbicara mengenai pelakon drama Princess Hour itu kepada Jong Kook.
“Saya ingin berjumpa dengan Ji Hyo noona,” kata salah seorang kanak-kanak itu.
“Okay, nanti saya suruh Ji Hyo datang program ini,” balas Jong Kook pula.
“Kamu suka Ji Hyo noona tak?” tanya kanak-kanak itu lagi
“Siapa? saya?” balas Jong Kook lagi
Apabila kanak-kanak itu terus bertanyakan soalan yang sama, krew dan Jong Kook sendiri tidak dapat menahan ketawa mereka.
“Nanti saya suruh Ji Hyo datang program ini,” balas Jong Kook semula.
Alahai… comelnya!
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



