Giliran One Pula Tinggalkan YG Entertainment
Penyanyi dan pelakon, One akui sudah meninggalkan agensinya, YG Entertaiment…
Penyanyi dan pelakon, One akui sudah meninggalkan agensinya, YG Entertaiment.
Katanya, projek terakhirnya bersama syarikat tersebut adalah My Private Life yang bersiaran pada April hingga Mei lalu.
“Drama tersebut adalah projek terakhir saya dengan YG Entertainment kemudian saya keluar. Saya join YG setelah tamat program Show Me The Money 4 di Mnet.
“Pada mulanya saya ingin fokus terhadap bidang muzik. Saya ingin berkongsi muzik saya dengan lebih ramai orang berbanding dengan buat lagu sendiri di rumah,” katanya ketika sidang media filem barunya, Goodbye Summer.
Dalam pada itu, One juga berkongsi plan terbarunya selepas keluar daripada YGE.
“Rancangan saya adalah untuk fokus dalam bidang muzik namun saya kini berdikari sendiri memandangkan kontrak saya dengan YGE sudah tamat. Saya akan bekerja bersendirian dan fokus dalam bidang muzik untuk masa sekarang
“Setakat ini, saya tak dapat pastikan bila agaknya muzik saya akan keluar tapi harapnya dalam masa terdekat inilah,” katanya.
Sebelum ini, PSY juga turut meninggalkan YG Entertainment dan menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama P Nation.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



