Polis Jumpa Bukti Kes Cabul Shinhwa, Minwoo
Ahli Shinhwa, Minwoo baru-baru ini dituduh melakukan pencabulan terhadap dua orang wanita ketika berada di dalam keadaan mabuk…
Ahli Shinhwa, Minwoo baru-baru ini dituduh melakukan pencabulan terhadap dua orang wanita ketika berada di dalam keadaan mabuk.
Susulan itu, difahamkan bahawa kes tersebut sudah dibawa kepada pihak pendakwa dan nampaknya, pihak tersebut menemui bukti video CCTV semasa kejadian tersebut terjadi.
Dalam pada itu, agensi Minwoo juga mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan tentang insiden tersebut.
“Saya keliru antara mangsa dengan orang lain dan hanya bergurau. Ternyata ia dah jadi lain tapi saya tiada niat buruk,” kata kenyataan tersebut.
Namun, pihak pendakwa mengatakan bahawa jelas di dalam video tersebut melihatkan bahawa Minwoo mencium dan meraba wanita tersebut secara paksa serta jelas bahawa dia melakukan perkara tersebut.
Setakat ini, pihak pendakwa dan polis masih belum memberi kenyataan untuk kes tersebut.
sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



