Terharu Baca Surat Haha Buat Anak Perempuannya, Song Yi!
Isteri Haha, Byul selamat melahirkan anak perempuan pada Isnin lalu pada jam 12.47 pm…
Isteri Haha, Byul selamat melahirkan anak perempuan pada Isnin lalu pada jam 12.47 pm.
Susulan itu, Haha berkongsi surat yang ditulis khas untuk anak perempuannya yang dipanggil Song Yi itu.
“Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah kepada kami. Anak ketiga kami, Song Yi lahir ke dunia pada Julai 15 jam 12.47PM. Kedua-dua mereka sihat walafiat.
“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami. Saya tidak melakukan apa-apa pun melainkan hanya berada di samping Byul sepanjang proses itu.
“Anak pertama dan kedua, saya sudah bersedia namun untuk anak ketiga ini, untuk seseorang seperti saya. Saya memang tidak percaya.
“Lelaki tidak matang ini akan memulakan fasa baru dalam hidup sebagai bapa kepada tiga orang anak. Saya amat gembira dan mempunyai pelbagai perasaan namun pada masa yang sama terasa beban tanggungjawabnya juga.
“Akan ada kekurangan memandangkan saya hanya manusia biasa yang cuba untuk menjadi seorang yang sempurna. Mengetahui ini membuatkan saya rasa lebih tenang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kerana membantu saya menjadi seorang yang sempurna dengan mengisi kekosongan dalam diri ini.
“Kim Go Eun (nama sebenar Byul), isteri saya adalah superhero saya. Dia jauh lebih berani daripada saya, kekal tersentul walaupun saya sedang menggigil di dalam dewan bedah. Saya ingatkan dia tidak perasan. Saya tiada karisma. Saya sangat hormati awak, Go Eun yang kekal tersenyum walaupun dengan kehadiran anak kedua kami.
“Saya mula menangis apabila Song Yi mula menangis. Saya pasti ramai bapa boleh faham perkara ini tapi di dewan bedah, semua bapa hanya mampu berdoa. Mereka tidak boleh ambil sedikit sakit itu mahupun membantu para doktor. Hanya doa yang mampu kami titipkan.
“Lihatkan kesakitan sewaktu saat beranak adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan. Saya sentiasa rasa bersalah kerana tidak mampu berbuat apa-apa dalam hidup saya. Saya rasa sangat bersalah hingga saya akan menangis juga.
“Go Eun! Jom kita kekal berpegangan tangan macam yang kita buat hari ini. Terima kasih kerana memilih saya. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang superhero namun kamu mencapai impian itu untuk saya.
“Saya seorang suami yang mempunyai banyak kekurangan. Bila awak tak suka saya atau bila saya tidak menunaikan janji yang mungkin akan terjadi walaupun saya dah berikan yang terbaik, tendanglah saya.
“Terima kasih kerana memenuhi hidup saya yang serba kekurangan ini dengan kebahagian dan juga memulakan famili dengan saya. Saya boleh berikan kamu semua apa yang saya ada sekarang termasuklah hutang-hutang saya. Saya cintakan awak, sayang.
“Apa? Saya akan ekspresskan segalanya hari ini! Apa tengok-tengok? Terima kasih tuhan. Daripada keluarga yang mengenal erti bahagia bila bersama,” tulisnya.
Haha dan Byul berkahwin pada tahun 2012. Pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Dream, 6 tahun dan So Wool, 2 tahun.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



