Sulli Ditemui Mati Di Rumahnya!
Bekas ahli F(X) Sulli ditemui mati di rumahnya petang tadi…
Bekas ahli F(X) Sulli ditemui mati di rumahnya petang tadi.
Mayatnya ditemui pengurus aktres tersebut setelah dia gagal dihubungi sejak lewat petang semalam.
Pihak bomba daerah Seongnam mengesahkan perkara tersebut.
“Kami menerima laporan kematian Sulli pada jam 3.20 petang waktu Korea Selatan. Dia disahkan meninggal dunia ketika kami tiba di premis tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Polis kemudian mengesahkan bahawa kematian Sulli adalah disebabkan bunuh diri dimana dia mengantung dirinya di tingkat dua rumahnya.
Difahamkan Sulli mengalami kemurungan sebelum ini. Setakat ini, agensinya iaitu SM Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.
Sulli mula mencipta nama ketika menganggotai grup F(X). Dia kemudiannya turut menceburi bidang lakonan.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




