NCT Taeyong Mengaku Kes Buli Dah Jumpa Mangsa Dan Minta Maaf!
Baru-baru ini kecoh apabila ahli NCT, Taeyong dilaporkan terlibat dengan kes buli semasa di sekolah dahulu…
Baru-baru ini kecoh apabila ahli NCT, Taeyong dilaporkan terlibat dengan kes buli semasa di sekolah dahulu.
Selain itu, Taeyong juga turut dilaporkan meninggalkan komen berunsur ‘homophobic’ namun dipercayai komen tersebut ditujukan terhadap rakan rapatnya dan tiada unsur buli di situ.
Bagaimanapun, setelah lama mendiamkan diri mengenai perkara ini, sekembalinya Taeyong dari Amerika Syarikat untuk mempromosikan Super M, akhirnya dia bertemu empat mata dengan ‘mangsa buli’ tersebut.
Taeyong meminta maaf kepada bekas rakan sekelasnya itu dan benar-benar menyesal dengan perbuatannya.
“Saya dah lama tak jumpa dengan dia dan merasa sangat kesal kerana terpaksa bertemu dalam keadaan sebegini. Sejujurnya saya tidak pernah merasa tenang. Sepanjang masa saya berfikir kenapa saya macam itu dan sangat menyesalinya.
“Ketika itu, saya gagal untuk mengekpresikan diri dan jadi saya ingin meminta maaf kerana kekhilafan saya ketika masih muda,” katanya.
Dalam pada itu, agensi Taeyong iaitu SM Entertainment akhirnya mengeluarkan kenyatan mengesahkan perkara tersebut .
“Baru-baru ini, Taeyong secara peribadi telah meminta maaf terhadap rakannya yang terluka dengan perbuatannya satu ketika dahulu.
“Isu ini selesai apabila rakan Taeyong menerima permohonan maafnya. Insiden ini mematangkan Taeyong dan dia akan mengambil iktibar daripadanya,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




