“Saya Nampak Bulan Mengambang Penuh, Saya Akan Ingat Saudi Army!” Ini Kata-Kata RM Usai Konsert
Semalam merupakan momen yang amat bermakna buat rakyat Arab Saudi terutamanya Army…
Semalam merupakan momen yang amat bermakna buat rakyat Arab Saudi terutamanya Army.
Grup BTS membuat konsert pertama mereka setelah dua bulan berehat dan memberikan persembahan yang penuh bertenaga sekali khas buat Army di Arab Saudi.
Selain itu, BTS dan Army sempat juga meraikan hari lahir Park Jimin yang bakal tiba pada 13 Oktober ini.
Jimin ternyata terkejut dan terharu namun sangat berterima kasih buat ahli-ahli grup dan Army.
“Saya terkejut dan tak sangka korang akan buat begini tapi saya sangat gembira sekali dapat meraikan dengan korang semua.
“Saya sangat gembira pada malam ini atas ingatan korang dan terima kasih sangat-sangat. Sayang korang!” ucapnya.
Sementara itu, ketua grup iaitu RM atau nama sebenarnya, Kim Namjoon turut berterima kasih kepada Army yang menyokong mereka.
“Semalam (Khamis) kami berlatih di bawah bulan terang sama macam malam ini. Bila kami balik ke Korea Selatan nanti, kami akan tetap ingat Saudi Army bila lihat bulan penuh.
“Terima kasih kepada semua Army Arab Saudi kerana terima kami ke sini. Sayang kamu,” katanya.
Konsert akan diteruskan di Korea Selatan pada 26 dan 27 Oktober nanti. Army juga boleh menontonnya secara live menggunakan aplikasi Vlive+.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




