EXID Hani Kini Bersama Agensi Sublime Artist
Vokalis utama EXID, Hani kini menjadi sebahagian agensi Sublime Artist!..
Vokalis utama EXID, Hani kini menjadi sebahagian agensi Sublime Artist!
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi tersebut kepada media.
“Kami adalah keluarga baru EXID Hani setelah dia menyertai agensi ini. Kami akan focus dengan potensi yang dimiliki Hani semasa menandatangani kontrak eksklusif itu dengan penyanyi tersebut.
“Kami tidak akan mengongkong Hani dan akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam apapun yang Hani ingin ceburi,” tulis kenyataan tersebut.
Untuk pengetahuan, Hani tidak menyambung kontraknya dengan Banana Culture Entertainment dan memilih untuk meninggalkan agensi tersebut pada Mei lalu Bersama ahli grupnya, Jeonghwa.
Dia kini sedang menanti untuk debut sebagai pelakon dalam filem The Adult Don’t Know. Dia dipercayai akan meneruskan karier sebagai penyanyi dan pelakon di bawah agensi baru ini.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




