YG Entertainment Dikritik Lagi, Kali Ini Blackpink Pula Jadi Mangsa
Semalam, berlangsungnya satu majlis melibatkan artis YG Entertainment iaitu Blackpink dan David Beckham di mana mereka akan bertemu buat pertama kali di event tersebut…
Semalam, berlangsungnya satu majlis melibatkan artis YG Entertainment iaitu Blackpink dan David Beckham di mana mereka akan bertemu buat pertama kali di event tersebut.
Namun begitu, dikhabarkan bahawa penyanyi lagu Kill This Love itu tiba lewat di majlis berkenaan selama 20 minit membuatkan ia lewat berlangsung.
Dalam pada itu, kerana tidak mahu membuang masa ada wartawan yang bertindak memboikot event tersebut.
Walau bagaimanapun, salah seorang ahli grup Blackpink, Rose memuat naik foto mengatakan bahaw mereka tiba tepat pada waktunya di event tersebut dan kelewatan yang berlaku bukanlah disebabkan mereka namun wartawa yang berada di tempat kejadian menafikan perkara tersebut.
“Tidak. Mereka (Blackpink) tiba lewat lebih kurang 20 minit,” kata sumber.
Sementara itu, agensi yang menguruskan Blackpink iaitu YG Entertainment bertindak mendiamkan diri mengenai perkara tersebut.
Ini membuatkan netizen berterusan mengkritik Blackpink dan YG kerana kesilapan mereka itu.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



