Tetap Cantik, Park Shin Hye Gembira Dapat Bertemu Peminat Malaysia
Semalam menyaksikan kehadiran pelakon popular Korea Selatan, Park Shin Hye ke Malaysia…
Semalam menyaksikan kehadiran pelakon popular Korea Selatan, Park Shin Hye ke Malaysia.
Kehadiran pelakon Doctor itu sekali lagi sebagai duta produk Mamonde untuk merasmikan produk terbarunya iaitu Red Energy Recovery Serum.

Bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall, kelihatan para peminatnya memenuhi ruang legar kawasan tersebut seawal jam 2 petang lagi.
Park Shin Hye juga sempat berkongsi tip kecantikannya bersama para peminat.
“Jangan lupa rutin kecantikan anda, saya sering cuci muka, pakai serum dan juga kadang-kadang pakai mask,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon drama Memories Of Alhambra itu juga turut berkongsi projek terbarunya yang bakal keluar tak lama lagi.
“Setakat ini, filem lakonan saya bertajuk Call akan keluar pada Novemver . Selain itu, saya juga maaih mencari projek yang sesuai.
“Oleh itu, saya ingin memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa menunggu lama, tapi sokongan anda semua sangatlah dihargai,”katanya lagi.
Sementara itu, 5 peminat bertuah juga dapat mengambil grup foto dengan Aprk Shin Hye.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






