YG Entertainment Umum CEO Baru!
Teka-Teki siapakah yang akan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, terjawab semalam…
Teka-Teki siapakah yang akan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, terjawab semalam.
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat tersebut, akhirnya bersepakat untuk melantik Hwang Bo Kyung untuk menggalas tanggungjawab itu.
Sebelum ini, Hwang Bo Kyung menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di syarikat tersebut.
“Tugas dan tanggungjawab ini sangat berat untuk saya galas, namun saya akan memastikan semua operasi berjalan dengan lancar,” katanya kepada media.
Sebelum ini, pengasas YGE, Yang Hyun Suk dan juga CEO, Yang Min Suk mengundurkan diri daripada jawatan masing-masing setelah syarikat tersebut terpalit dengan 2 skandal besar tahun ini.
Semoga, dengan perlantikan baru ini…keadaan di YGE akan lebih bagus dan tidak lagi dipalit skandal ya!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





